Tuesday 31 January 2012

bercuti...

kembali bercuti...itu yg perlu ak lakukan...

terbaik???

mmm...terbaik? susah nak jadi yg terbaik antara yg terbaik...hahah...ape yg ak merepek ni? tp apa2 pun, mmg ak ni bukan lah yg terbaik..orang sekeliling je yg boleh menilai sapa yg terbaik.mmm....mcm kecewa plak bunyi...papepun, yg paling penting, ape yg ak lakukan kt dunia ni ikhlas semata2 .nilailah sendiri sebelum ak membawa diri.

Sunday 29 January 2012

tenang seketika

ketenagan hanya seketika..bila nk tenang selamanya?huhu...yg berlalu, biarlah berlalu...akhirnya terlepas juga...

Thursday 26 January 2012

perlukan ruang?

ruang?mm...ruang ape?mcm xbest je maksud ruang ni..mmg xcukup ruang dh walaupunn dah x........... mmg xpatut bagi ruang...sbb masing2 xboleh bagi ruang sbnrnye...mcm mana?mmmm.........

RISAU???

jangan risau kan saya..saya xkn pernah berubah.... saya tetap saya yg dulu sampai bila2...bukanlah berjanji..tetapi saya yakin dgn diri saya...:) (",)

Tuesday 24 January 2012

bila hati sudah tawar?

hati ku juga perlu dijaga...baru adil....huhu.. :(... asik jaga hati orang je....huhu

Friday 20 January 2012

terus terang~~

kalau dh xsuka, baik terus terang je..kan senang..adoiiii...ape la ak merepek tgh2 pagi ni ha...huhu..ni terlebih tdo sgt la ni.. la ni, tgl sorg pagi2 buta ni..sume dh tdo..huhu..

Thursday 19 January 2012

luahan hati~~~

tajuk lagu ni best..hehe...


Wednesday 18 January 2012

lagu untuk mu N.S.M.Z...

ss501 find..
hopefully u like this song... :)
hehe..

pagi yang sangat tenang

harap2, ketenangan pagi ni, berterusan... bebaskan diri dari massalah dan gangguan duniawi. huhu...

Sunday 15 January 2012

~SAHABAT~

lagu tema..hahaha..


Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

suratan atau kebetulan

lagu ni mmg ak suka sejak ak sekolah lagi..hehe..



Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
( korus )
Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan menghadapi masa depan
Seolah olah terhapus sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbang kan berulang kesilapan


mm...tajuk lagu ni mmg banyak maksud..."suratan atau kebetulan".. di dalam kehidupan, adakalanya ape yg terjadi mungkin hanya kebetulan sahaja, dan ade juga telah tersurat...apapun yg terjadi suratan atau kebetulan, kita terpaksalah menerima dengan ikhlas disebalik setiap kejadian yang Allah berikan.. mungkin, sesuatu yang terjadi dan sesuatu pertemuan itu memberikan hikmah kepada setiap insan di muka bumi ini. mugkin pertemuan itu hanya la sementara yang hanya mengisi ruang kekosongan di dalam hidup. setelah itu, akan ada perpisahan.adakah itu telah tersurat???atau hanya kebetulan??? seperti di dalam lirik lagu tu, kesilapan yang akan membimbangkan dan boleh terjadi suatu penyesalan. terdapat banyak pilihan dalam hidup..apa yang perlu, adalah pilihan yang benar2 tepat. jika tersalah membuat pilihan.....??? kalau itu dh tersurat, mungkin itu lah ujian yang diberikan olehNYA. manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala2nya. sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah di muka bumi ini..

HATI

bila sebut perkataan 'hati'..banyak yang tersirat disebalik perkataan tu..tp perkataan tu sgt bahaya.. perkataan tu mmg xboleh di bawa main2.bukan la perkataan tu yg xboleh di bawa main, tp maksud perkataan tu...mm...hati lah tempat segala rahsia manusia...selagi xdikeluarkan,selagi tu akan tersimpan. tapi hati ni lah juga perlu dijaga.. segala baik dan buruk seorang dtg dari hati juga..juga jgn lah mengecewakan hati seseorang..kerana, bila hati dah kecewa, ape akan terjadi?...mmm....aku pun xboleh nak sambung lagi ayat tu...huhu...hati ak pulak sentiasa menjadi simpanan...mungkin aku lebih selesa mcm tuh..lps ni, xperlu kot nak luah2 lagi segala rahsia di dalam hati..mcm ayat pasrah plak..adoi...huhu..

Saturday 14 January 2012

mengharap hanya kepadaNYA..

sesetengah perkara yang kita harap dari manusia, akan berakhir dengan kekecewaan... lebih baik mengaharap dari Allah yang pastinya kita tidak akan kecewa. lupakan segala benda yang sgt mengecewakan dlm hidup ini. mendalam sungguh maksud ak..xsape paham..hehe..lbh bnyk mengarut je dlm blog ni..jadi, ape2 yg dh xde or bakal xde dlm idup ni, xpyh diingatkan lagi..tp ape yang pastinya arwah abah aku pasti aku ingat sampai lah nafasku yang terakhir..

PENDIAM

Aku seorang yang pendiam. dari aku kecik, aku mmg seorang yang pendiam. kalau kat rumah dengan family, aku mmg xbanyak cakap, cakap benda yang penting dan bila perlu sahaja. dengan mak ak, kalau menyembang pun, mak ak je yg bnyk ckp, ak juz dgr je..smpai mak ak mcm bercakap sorg2 pulak,huhu..tp ak xbiarkan mak ak bercakap sorg2, ada la, kua jugakla 4 5 patah ayat.huhu.. sampailah sekarang, bila abah aku dh xde, aku bertambah2 jadi pendiam..mungkin aku ni ikut perangai abah aku yang mmg pendiam. mmg ade sedikit kesal bila abah dh xde, sbb aku mmg xbanyak bercakap dengan abah. bercakap benda2 penting, xpernah pun bersembang lama2..kalau bercakap pun, biasa nya hal2 kereta, belajar, keje, bisnes n seangkatan dengannya..bila org yg pendiam bertemu dengan org yg pendiam jadinya pendiam kuasa dua..huhu..kalau berkawan pulak, ikut jugak..time skolah, bila bercakap2, ak la paling xbnyk ckp, kdg2 ak mengelamun tembus dinding..huhu...bukan xbercakap lgsg..ikut mood..huhu..agknye dlm mulut ak bnyk emas intan berlian kot..hahahaha....tp skrg nsb baik ade kak fie..byk jugak la bercakap..tp kdg2 ade jugak yg ak xmampu nk kuarkan smpi kak fie sndri yang bertnya2 bila tgk muka ak lain macam..mmm...........

Thursday 12 January 2012

SEMINGGU BERLALU

seminggu sudah abah aku meninggalkan kami sekeluarga... rasa macam baru semalam je jumpe... aku dah xterkata..xdapat berkata-kata kerana terlalu sedih...kelu lidah ku.. seminggu jugak aku menahan sebak di dada..huhu...

good luck kak fie...

semoga dipermudahkan untuk menjawab exam esok..kp... :) <<== (",)

melawan penyakit

setiap manusia di atas muka bumi ini akan merasa 'sakit'...tidak ada seorang manusia pun yang akan terlepas dari apa2 kesakitan.. sama ada sakit yg dialami itu sakit yang berat mahupun sakit yang ringan..banyak jenis penyakit yang akan dilalui.apapun, setiap penyakit itu ada ubatnya.. mencegah sakit itu sebelum memudaratkan diri..penyakit ni ada dua, sama ada zahir ataupun batin..sakit zahir yang boleh dilihat dengan mata kasar dan juga penyakit batin yang kita tidak nampak..ada juga penyakit yg datang dengan mengejut yang akan menyerang bila2 masa saja sakit itu nak menyerang....mmm.....apa2 pun, kesihatan diri perlu dijaga supaya dapat mengelakkan penyakit..jika sapa2 yang dh ade penyakit or rasa diri tu kurang baik kesihatan, segerala merawat sebelum terlambat..merawat diri secara zahir dan batin dengan berjumpa doktor dan berdoa kepadaNYA, serta dihiasi dengan alunan zikir dan beramal kepadaNYA... apa2 pun, sakit itu dapat menghapuskan dosa2..Allah lebih mengetahui setiap yang tersirat mahupun tersurat disebalik setiap kejadian..SEMOGA HIDUP MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH..

Tuesday 10 January 2012

DI MANA KEKUATAN HATIKU??? :'(

Di dalam kehidupan, kematian adalah suatu ujian yang paling sukar untuk aku hadapi. amat perit, ujian yang aku terima sebelum ini, dapat aku terima dengan hati yang tenang dan mudah untuk aku hadapi, tetapi....ini lah ujian yang berat yang pernah aku rasa. apabila orang yang kita sayang meninggalkan kita dengan sekelip mata. rasa seperti bermimpi.. semakin hari, semakin teruk perasaan aku. aku terasa seperti xboleh terima hakikat yang sebenar.. terlalu sedih...di dalam hati ini...Allah saja yang tahu..berikan aku ketabahan hati.. daripada Allah kita dijadikan, kepada Allah kita kembali..semoga roh arwah abah aku dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin..Al-Fatihah...

PENERANG HATI

CINTA ABADI HANYA PADA ALLAH..





Lirik Lagu Penerang Hati – Sixth Sense dan Saujana

Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh



"sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang kepada rupa paras dan
harta benda kamu, tetapi Allah S.W.T. hanya memandang kepada
niat hati dan amalan-amalan kamu."

riwayat muslim.


Monday 9 January 2012

PERGI TAK KEMBALI - SUNGGUH SAYU



silent killer

PERMULAAN TAHUN 2012

mmm...post yang pertama...

dh menunjukkan kesedihan...mungkin pasal ni jugak ak buat blog...tp...sbnrnya ak bukan la seorg yg suka mengarang ayat sgt..jadi...mmg xsuka berblog...tp baca blog org ak suka...ak mungkin xde idea... hehe...tp kali ni tergrak hati nk berblog....bukan ak xde blog..blog bisnes adela..tu pun xaktif sgt..pasal bz pulak..mmm....mungkin blog ni adalah sekadar luahan ak..wpun xbnyk yg ak boleh luahkan....mgkin, 1 hari nnti bila ak dh xde, org2 yg dekat dgn ak, boleh la jenguk2 blog ak selalu klw rindu kt ak..